Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


papan amaran.. dun break the rules kay..
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
papan amaran dun



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 11-Jun-2007 17:02
A day at Jerteh..
ISNIN 11/06/2007
=================

0600 : Solat Subuh, after solat aku tengok semua tidur lagi, aku pun pakat sambung tidur. Kalau kat Pulau,mau aku gi mandi atau menyusur pantai..hehehe..

0900 : perut dah lapar. Kami ber5 jln kaki carik port breakfast (kedai bawah tu x bukak lagi). Jalan punya jalan, x de 1 pun kedai yg bukak. Last² hasta SMS budin tanya kat mana boleh breakfast, rupanyer melintas jalan je dari hotel tuh. Makan tghari skali...Terus makan nasi campur. Tak tercapai hasrat nak makan nasi kerabu/nasi dagang. Tak kisahlah. Milo ais murahlah,segelas baru RM1....walahh..nak pindah sini lah...lagi pun tenang jiwa dok sini..sawah padi kiri kanan...pulau..pantai..waterfall..hot spring..makan pun murah..berniaga pun best kat sini..minyak jerk tak murah..hehe

1200 : sebelum ni kami ambil 2 bilik, 1 bilik 3 orang dan 1 bilik lagi 2 orang, memandangkan nak balik lambat lagi kul 9.25 malam, so kami kena sambung menginap hingga lepas maghrib. Tapi kami check out 1 bilik, dan hanya ambil 1 bilik share 5 orang, hanya untuk letak barang, baring dalam seketika dan utk solat dan guna bilik air. Bilik best, share 5 orang sementara malam tak jadi masalah. 1 bilik RM50.Semua sekali before 2 bilik RM100 + 1 bilik kemudian RM50 so, kami bahagi 5 orang,seorang RM30..ok lah tu utk penginapan hampir 2 hari kan?

1245 : Ayah Proto masuk wad, sepatutnya dia kena jaga,tapi adiknya bersedia ambik alih tugasnya hari itu, maka Proto dan wife(Along) bawa kami ke Hot Spring LA. Thanks untuk Proto,Along,Budin dan Bolok.

=nak ke Hot Spring melalui sawah padi kiri kanan...saujana mata memandang..tenang jiwa, lalu Felda TENANG, pastu baru tiba ke Hot Spring yang hanya ambil masa 30 minit dari JERTEH tempat penginapan kami. jalan mcm nak gi cameron, mcm ular ke palu. Lorong masuk Hot Spring La ni dekat je ngan kg ayah Pin.. Budin sempat tunjuk area dia je.. x nampak dari tepi jalan.

Hot Spring ada 3 tingkat campur sungai yang mengalir dibawah +1
Tingkat pertama sangat panas, Tingkat kedua sederhana (tapi bagi saya sangat panas,jauh lebih panas dari SAUNA, sekejap celup, sekejap keluarkan, sebab ia sentiasa panas) Tingkat ketiga agak suam, dan keadaan kolam agak dalam macam swimming pool, boleh berenang, saya pun try celup kaki, lama-lama try selam, mengeletek saya lari naik keatas semula, panas bebb...Tingkat paling bawah sekali adalah sungai biasa, tapi ada aliran macam waterfall dari kolam tingkat 3 tadi, saya baring kat bawah aliran waterfall tigkat 3 terasa hangat suam,tapi hujung kaki dalam sungai kat bawah,rasa sangat sejuk,rasa macam nak tidur pula,sangat menyamankan.

Sesiapa yang berminat nak mandi air panas or rendam kaki utk suka2 or utk kesihatan,patut datang sini,kalau ada rezeki boleh jumpa emas pertama atau jumpa apa-apalah.

Hasta, Hajar, Huda, Hasni, Along, Nadeem, Budin + Bolok sambung mandi kat tpt air sejuk pulak.. Budin pulak jumpa 2 ekor kura-kura yang sangat unik, sangat comel, warna hijau pucuk pisang. Rezeki dialah tu.

Oh ya,sehari sebelum ada berita mengatakan tempat ni banyak sampah, tapi masa kami pergi telah bersih semua kawasan persekitarannya.

Jika ke JERTEH jangan lupa singgah kesini (Hot Spring LA). Jika ke BESUT jangan lupa pergi ke Pulau , air lautnya yang sangat jernih,banyak coral dan ikan pelbagai warna dan size dan jenis.

1430 : Balik

1530 : kami singgah gerai di tepi jalan, makan dan beli Satar/Otak-otak/Keropok kering/Buah Mempelam.

1600 : kami dibawa ke JETI,makan kat kedai disitu, Pekena Coconut Shake lagi skali - repeat ! ( murah bangat sehh..segelas baru RM1)..lega,sejuk,nyaman,sedapp...patut cuba tau, leh buat bisnes pada bulan puasa di KL nanti..hehehe..Bazaar Ramadhan..Makan Mee Sup, pedas tapi sedap.

1630 : balik ke Hotel. Bersurai ngan Proto, Along + Nadeem. Kami sambung xtvt bebas,rehat,kemas barang,solat.

2000 : lepas solat maghrib kami semua check out. turun bawah mkan kat Restoran, pekena Western, murah bangat, sepinggan Fish and Chips baru RM6...hehe, leh keje kat sini ni (tapi gaji kena rate KL lah,baru selesa..hehe)

2030 : Budin ambil kami hantar ke Stesen Bas. Kami akan naik Bas TRANASIONAL jam 9.25malam.

2210 : Bas baru tiba,lewat dalam 45minit, Janji ada Bas (punyalah risau masa tu bas x datang)

Mekasih Budin yang tunggu kami sampai naik bas.


Report prepared by Kak Khay & edited by Hasta.

** sorry kak k.. gambar akak kat hot spring ni x banyak. ada pun gambar yg ada, takot tak dibenarkan utk tatapan umum (sangat khusyuk berbaring dalam air) 8-)

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.