| Saturday, 9-Jun-2007 15:30 |
|
Trip to Pulau Perhentian - Day 2
|
|
SABTU 09/06/2007
==============
0630 : Solat subuh, xtvt bebas, ada yang mandi manda dilaut, ada yang berjalan-jalan ditepi pantai, ada yang ralit mengutip kerang, karang dan siput..
0845 : Sarapan (mee goreng, keropok, nescafe panas).
1000 : naik bot pergi Snorkeling di 3 teluk... memula skali pi carik penyu kemudian baru ke teluk pertama namanya teluk 3 ruang...coral tak berapa banyak...kami diajar guna fin a.k.a kaki itik dan guna mask (penutup mata dan hidung dan alat untuk bernafas dalam air melalui mulut) Trainer a.k.a pemandu bot : Abe Usop.
Sapa² yang tak reti berenang, sure boleh punya bila dah pakai alat tersebut dan life jacket....badan terapung dan kita yakin nak berenang sebab ada alat untuk bantu bernafas...
bila di teluk yang pertama..wahh...pengalaman pertama lihat ikan, berenang bersama ikan, beri ikan makan...amat menakjubkan..ikan pulak pelbagai warna..
kemudian dibawa ke teluk yang kedua...lebih banyak coral ikan lebih banyak jenis...size ikan lebih besar dari tempat yang 1st dan laut lebih dalam...
orang lain semua turun..kecuali saya (syhhh...dendiam tau,hehe) tapi suka giler saya bagi makan ikan ditepi bot...sambil ikan-ikan tu mencuit tangan...
geram sangat-sangat...cantik,banyak,jinak..
lepas tu kami dibawa ke teluk yang ketiga...kat tengah-tengfah laut rasanya....lebih dalam...lebih banyak coral dari tadi...geram sungguh tengok ikan-ikan tu...sebab air laut sangat-sangat jernih...kalau turun buat snorkeling..lagi menakjubkan...boleh lihat dari dekat dan menyentuh ikan-ikan tersebut...
ada juga yang berpeluang melihat ikan nemo, ikan yu, jerung kecil, ikan pari, penyu...
akhir sekali pemandu bot bawak kami melihat pulau-pulau yang berhampiran...
antara yang menarik ialah Long Beach...(kami lihat dari jauh jerk..). kalau nak merasa macam kat luar negara..hah,pi lah situ(disko pun ada).....hehe..
1445 : Lunch (nasi putih, ikan goreng, sayur terung campur masak lemak putih, sirap dan tembikai).
1700 : kami naik bot pergi ke Pulau Perhentian Kecil...pulau berhadapan dengan chalet penginapan kami.. kampung perhentian.
disini adalah kampung nelayan /pengusha bot /chalet. terdapat pelbagai kemudahan asas disini...balai polis, sekolah, tadika, masjid, kedai souvenier, kedai makan, kawasan perkuburan Islam...
mula-mula sampai, depa pekena rojak buah pastu singgah souvenier shop. kemudian kami dibawa pusing melawat sekitar kawasan dan perkampungan tersebut...oleh Budin. Dan mcm wakil rakyat melawat kawasan lagaknya.. hehehehe...
sebelum balik chalet,pemandu bot bawak kami pusing pulau lagi.. singgah kat tempat yang ada coral dan ikan...beri ikan makan..tapi kali ni tempat lain dari yang kami pergi pagi tadi....
2030 : DINNNER BBQ yang disediakan oleh chalet..Ayam, Ikan, Sotong, Mee Goreng (sedap...banyak saya tambah) Nasi Kerabu (ni pun banyak tambah..lupa pulak nak mintak resepi..hehehe) Tembikai merah, Air Nescafe O Ais....
2230 : Hasta,Hajar,Huda & Along menemani Budin, Proto dan Bolok memancing ikan kat jeti.
kabarnya dapat jerung/yu ...? (hasta x jadi tido n sanggup jalan sorang² ke jeti semata² nak amik gambar ngan ikan yu yg ditangkap Budin).
2300 : TIDUR ZzZzZz
Report prepared by Kak Khay, edited by Hasta.
|